OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
kajian ini adalah merangkumi ;
1. Mengenal
pasti suasana atau iklim
interaksi antara
kaum dalam kalangan mahasiswa
Mengkaji hubungan antara kaum
dalam kalangan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia.
Hubungan antara kaum
merujuk kepada pertemuan, perhubungan, dan komunikasi yang melibatkan
individu dan individu,
individu dan masyarakat, serta masyarakat dan masyarakat. Hal ini, merujuk
kepada perhubungan individu atau sekumpulan
mahasiswa yang berlainan
kaum berinteraksi sesama mereka.
Suasana antara individu dan organisasi
yang terdapat dalam kalangan mahasiswa saling mempengaruhi antara satu sama lain. Hal
ini merujuk kepada keharmonian yang berlaku di dalam perhubungan pelbagai kaum
dalam kalangan mahasiswa di Universiti
Sains Malaysia.
2. Mengenal pasti tahap keselesaan dalam menjalin
hubungan antara kaum dalam kalangan pelajar di dalam kampus (Perpustakaan
Hamzah Sendut)
Keselesaan dalam menjalin hubungan antara
kaum merujuk kepada suatu perasaan kesenangan dan kepuasan perasaan disebabkan
individu yang terlibat merasakan kesenangan dan tanpa kerisauan untuk
menjalinkan hubungan dengan individu atau kelompok yang lain.
3. Meneliti kecenderungan persepsi pelajar
terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus
Mengenal pasti faktor utama yang menyumbang
kepada keharmonian perhubungan antara mahasiswa yang berbilang kaum di
Universiti Sains Malaysia terutamanya di Perpustakaan Hamzah Sendut.
4. Melahirkan
semangat saling membantu sesama mahasiswa dalam pelajaran tidak kira agama
mahupun bangsa.
Kemudahan-kemudahan
yang terdapat di dalam Perpustakaan Hamzah Sendut membantu dalam proses
pembelajaran para mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Hal
ini, menyebabkan para pelajar tertarik untuk melakukan pembincangan dan
sebagainya di perpustakaan kerana kemudahan yang disediakan adalah mencukupi
dan selesa juga menjadi tumpuan utama para pelajar untuk mencari bahan pembelajaran
atau rujukan.
5. Membina
sebuah masyarakat yang aman di dalam kampus Universiti Sains Malaysia.
Apabila para mahasiswa saling membantu
dalam proses pembelajaran tanpa mengira kaum dan agama maka hubungan yang
terjalin antara pelajar menerusi interaksi pelajar di Perpustakaan Hamzah
Sendut akan makin erat. Hubungan yang terjalin ini akan membawa kepada
kesejahteraan kampus di Universiti Sains Malaysia.
No comments:
Post a Comment