Wednesday, 21 November 2012





PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN
SCHOOL OF HOUSING, BUILDING AND PLANNING


SHE 101
HUBUNGAN ETNIK

TEMA & TAJUK:
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN FUNGSINYA SEBAGAI TEMPAT INTERAKSI PELBAGAI KAUM


KUMPULAN 43

AHLI KUMPULAN:

LIM SZE YING                                                                       114650
MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMED PAUZI                            114688
NUR MURNI BINTI HANAFI                                                   114730
NUR NAJIHAH BINTI OSMAN                                                110700
NURSABRINA IZZATI BINTI MOHD AFDIIZA                         114739

KESIMPULAN


KESIMPULAN

             Berdasarkan kajian yang telah kumpulan kami lakukan, kesimpulan yang dapat  kami bincangkan ialah Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 sesuai untuk berfungsi sebagai tempat interaksi pelbagai kaum. Hal ini kerana, Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 merupakan tempat yang strategik untuk berinteraksi antara pelajar dari pelbagai kaum melalui aktiviti dan tugasan yang diperolehi pelajar secara berkumpulan, semestinya ramai pelajar akan melakukan perbincangan di perpustakaan kerana berdasarkan analisis yang kami lakukan ramai pelajar sering mengadakan aktiviti perbincangan di perpustakaan dan  bersetuju bahawa perpustakaan adalah tempat yang sesuai dan selesa untuk diadakan aktiviti perbincangan.  Di samping itu, perpustakaan juga menyediakan  banyak bahan yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.  Tambahan lagi, Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia menyediakan begitu banyak kemudahan bagi memudahkan para pelajar contohnya bilik tayangan, bilik perbincangan, surau, lokar, bilik komputer, perkhidmatan fotostat dan sebagai. 

              Berdasarkan kajian soal selidik yang kami dapati, kebanyakan pelajar sangat berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Hamzah  Sendut Universiti Sains Malaysia. Selain itu, seni bina Perpustakaan Hamzah Sendut menyakinkan kami bahawa Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia berfungsi sebagai tempat interaksi antara pelbagai kaum. Hal ini kerana, ruangan foyer yang luas, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik walaupun dalam bilangan yang ramai. Selain itu, meja perbincangan yang bersebelahan dengan pemandangan hijau dan terlindung dari panas dan sinaran  matahari  memberi  kesan tenang dan keselesaan bagi  pengguna melakukan aktiviti di dalam perpustakaan. 

      Akhir sekali, kami ingin menekankan bahawa Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 berfungsi menjadi  tempat yang  selesa untuk semua kepelbagaian kaum mengadakan aktiviti perbincangan mahu pun aktiviti lain bagi mengeratkan sillaturrahim  dan interaksi antara pelbagai kaum dan etnik.

Analisis Soal Selidik


Analisis Borang Soal Selidik SHE 101 secara kasar.  Isu Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan Fungsinya sebagai tempat interaksi pelbagai kaum.

Lelaki=25
Perempuan=25
Jumlah Keseluruhan=50

Soalan 1:
Seringkah anda mengunjungi Perpustakaan Universiti Sains Malaysia?

Rajah 1

Berdasarkan carta pai di atas,  kekerapan pelajar  ke perpustakaan ialah 1-3 kali seminggu iaitu 82% bersamaan 41 pelajar,  lebih tinggi berbanding pelajar yg sering dan tidak pernah ke perpustakaan iaitu setiap hari 12% bersamaan 6 pelajar dan tidak pernah ke perpustakaan seramai 3 pelajar bersamaan 6% daripada  jumlah keseluruhan 50  orang pelajar.

Soalan 2:
Pada pandangan anda, tempat manakah yang paling sesuai dan selesa diadakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan?

Rajah 2



Merujuk carta pai di atas, peratusan tertinggi pada pandangan pelajar tempat yang selesa untuk diadakan aktiviti perbincangan ialah di Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut  2 ialah  sebanyak  46% seramai 23 respondan. Manakala Pusat pengajian  ialah 30% bersamaan 15 respondan  dan kafe desasiswa  sebanyak 24% iaitu 12 respondan. Ramai  pelajar  berpendapat Perpustakaan Hamzah Sendut, HS1 dan HS2  adalah tempat yang paling sesuai diadakan aktiviti perbincangan.

Soalan 3:
Tandakan, tempat yang sering anda adakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

Rajah 3
Berdasarkan carta pai di atas, terdapat ramai pelajar dan respondan  yang sering mengadakan aktiviti perbincangan di perpustakaan iaitu 36% seramai 18 respondan daripada di pusat pengajian sbanyak 30% iaitu 15 respondan dan di kafe desasiswa seramai 17 respondan iaitu 34% daripada 50 respondan.

Soalan 4:
Adakah, perpustakaan tempat yang sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan?

Rajah 4

Berpandukan carta pai di atas, hampir semua respondan seramai 40 respondan daripada 50 respondan  bersependapat  menyatakan perpustakaan  adalah tempat  yang sesuai diadakan aktiviti perbincangan sebanyak  93% berbanding respondan yang tidak bersetuju seramai 10 respondan iaitu 7%.

Soalan 5:
Pernahkah anda mengadakan perbincangan dengan kaum-kaum lain?

Rajah 5

Merujuk carta pai di atas, 88% respondan  pernah mengadakan aktiviti perbincangan bersama kaum- kaum lain iaitu seramai 44 respondan daripada 50 respondan dan hanya 12% bersamaan 6 respondan tidak pernah mengadakan aktiviti perbincangan bersama kaum-kaum lain.

Soalan 6:
Pada pandangan anda, adakah perpustakaan sesuai untuk semua kaum?

Rajah 6
Berpandukan carta pai di atas, 97% respondan berpendapat perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk semua kaum. Hanya  3% respondan bersamaan 2 respondan daripada 50 respondan yang tidak setuju dengan soalan yang ditujukan.

Soalan 7:
Adakah, anda berpuashati dengan kemudahan yang telah disediakan di perpustakaan Universiti Sains Malaysia?

Rajah 7
Berdasarkan maklumat  carta pai di atas, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan sangat baik-1 ialah 44% iaitu 22  respondan. Manakala baik-2 ialah 16 respondan iaitu 32% , sederhana-3 hanya 8% iaitu 4 respondan dan kurang memuaskan-4  sebanyak 16% bersamaan 8 respondan daripada 50 respondan.




Analisis Borang Soal Selidik SHE 101 mengikut jantina dan kaum.  Isu Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan Fungsinya sebagai tempat interaksi pelbagai kaum.

Soalan 1:
Seringkah anda mengunjungi Perpustakaan Universiti Sains Malaysia?
Setiap hari/ selalu

a) Setiap hari/ selalu
Rajah 8.1

Berdasarkan graf di atas, kaum india perempuan lebih kerap ke perpustakaan berbanding perempuan  dan  lelaki kaum melayu serta  cina. Jumlah kaum india perempuan ialah 4 respondan  manakala lelaki dan perempuan kaum melayu adalah seorang respondan.

b)    1-3 kali seminggu/ jarang

Rajah 8.2
Berdasarkan graf ini, bilangan  kaum cina lelaki  lebih  ramai berbanding lelaki melayu iaitu 9 respondan dari  23 respondan. Manakala  bilangan kaum melayu perempuan lebih ramai berbanding kaum cina, india dan lain-lain iaitu 11 respondan dari 19 respondan.

c)   Tidak Pernah

Rajah 8.3




Berdasarkan graf di atas, kekerapan pelajar yang tidak pernah ke perpustakaan ialah 3 respondan iaitu seorang respondan lelaki melayu, seorang respondan perempuan melayu daan seorang respondan cina perempuan.

Berdasarkan ketiga-tiga graf bar di atas, terdapat ramai respondan dari berbilang bangsa dan kaum hanya kerap ke perpustakaan 1-3 kali seminggu berjumlah 41 respondan daripada 50 respondan.

Soalan 2:
Pada pandangan anda, tempat manakah yang paling sesuai dan selesa diadakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan?

a)    Kafe Desasiswa



Rajah 9.1


Berdasarkan graf, 12 respondan berpendapat  kafe desasiswa adalah tempat yang sesuai dan selesa untuk diadakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. 6 daripadanya adalah respondan lelaki merangkumi 4 kaum cina dan 2 kaum melayu. Manakala selebihnya adalah 4 respondan perempuan berbangsa melayu dan 2 resondan berbangsa cina.

b)    Pusat Pengajian

Rajah 9.2

Berdasarkan graf, bilangan respondan lelaki lebih ramai berbanding respondan perempuan dimana 8 respondan lelaki ialah berbangsa melayu dan 2 respondan lelaki berbangsa cina. Manakala 4 daripada respondan perempuan  berbangsa melayu dan selebihnya ialah berbangsa cina.

c)    Perpustakaan Hamzah Sendut, HS1, HS

Rajah 9.3

Berdasarkan graf, bilangan respondan perempuan ialah 14 respondan iaitu lebih ramai berbanding respondan lelaki,9 respondan. 5 respondan daripada 14 respondan perempuan berbangsa melayu dan selebihnya ialah 3 kaum cina, 4 kaum india  dan 2 lain-lain bangsa. 5 respondan daripada 9 respondan lelaki berbangsa melayu  dan selebihnya berbangsa cina.

Berdasarkan ketiga-tiga graf bar di atas, bilangan respondan yang berpendapat  perpustakaan adalah tempat yang selese dan sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan lebih ramai iaitu 23 respondan  daripada 50 respondan, kafe desasiswa 12 respondan dan pusat pengajian 15 respondan.

Soalan 3:
Tandakan, tempat yang sering anda adakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.
a)    Kafe Desasiswa

Rajah 10.1
Berpandukan keputusan graf di atas, jumlah respondan yang sering mengadakan aktiviti di kafe  desasiwa ialah 17 respondan , 12 daripadanya ialah respondan perempuan yang terdiri daripada 6 kaum melayu, 5 kaum cina dan seorang lain-lain bangsa. Manakala, 4 respondan daripada respondan lelaki berbangsa cina dan seorang berbangsa melayu.

b)    Pusat Pengajian

Rajah 10.2

Berdasarkan graf, respondan lelaki lebih kerap mengadakan aktiviti perbincangan di pusat pengajian berbanding respondan perempuan. 10 respondan lelaki daripada 12 respondan berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa cina. Tambahan, 3 respondan perempuan berbangsa melayu. 


c) Perpustakaan Hamzah Sendut, HS1 dan HS2

Rajah 10.3

Berdasarkan graf, jumlah respondan ialah 18 daripada 50 respondan. 8 daripada 18 respondan adalah kaum lelaki dan 4 daripadanya berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa cina. 4 daripada 10 respondan perempuan berbangsa melayu dan 4 respondan berbangsa india, seorang berbangsa cina dan seorang lain-lain bangsa.

Berdasarkan keputusan graf di atas, tempat yang sering respondan adakan aktiviti perbincangan ialah di perpustakaan iaitu  18 respondan daripada 50 respondan, kafe desasiswa 17 respondan dan pusat pengajian ialah 15 respondan.

Soalan 4:
Adakah, perpustakaan tempat yg sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan?

a)    Ya
Rajah 11.1

Berdasarkan graf, jumlah respondan  lelaki dan perempuan ialah sama iaitu 20 respondan . 14 respondan daripada  20 respondan lelaki berbangsa melayu manakala selebihnya berbangsa cina. 11 respondan daripada 20 respondan perempuan berbangsa melayu, 3 respondan berbangsa cina, 4 respondan berbangsa india dan 2 respondan lain-lain bangsa.

b)    Tidak
Rajah 11.2

Berdasarkan graf di atas, jumlah respondan kedua jantina adalah sama iaitu 5 respondan. 4 respondan daripada 5 respondan lelaki berbangsa cina dan selebihnya berbangsa melayu. Manakala, 3 respondan daripada 5 respondan perempuan berbangsa cina dan 2 respondan berbangsa melayu.

Berdasarkan kedua-dua graf bar di atas, majoriti respondan iatitu 40 respondan bersetuju perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan berbanding  respondan yang tidak bersetuju iaitu 10 respondan. 

Soalan 5:
Pernahkah anda mengadakan perbincangan dengan kaum-kaum lain?
a)    Ya
Rajah 12.1
Berdasarkan graf, jumlah respondan lelaki iaitu 23 respondan pernah mengadakan perbincangan dengan kaum lain lebih tinggi daripada respondan perempuan iaitu 21 respondan. 14 respondan daripada respondan lelaki berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa cina. Manakala, 11 respondan daripada respondan perempuan berbangsa melayu, 5 respondan berbangsa cina, 3 respondan berbangsa india dan 2 respondan lain-lain bangsa.

b)    Tidak

Rajah 12.2
Berdasarkan graf di atas, jumlah respondan perempuan lebih tinggi berbanding respondan lelaki  yang terdiri daripada 2 repondan berbangsa cina. Manakala, respondan perempuan terdiri daripada 2 respondan berbangsa melayu, seorang respondan berbangsa cina dan seorang respondan lain-lain bangsa.

Berpandukan kedua-dua graf bar diatas, majoriti respondan iaitu 44 respondan  pernah mengadakan aktiviti perbincangan dengan kaum-kaum lain berbanding yang tidak pernah mengadakan aktiviti perbincangan dengan kaum-kaum lain iaitu 6 respondan daripada 50 respondan.

Soalan 6:
Pada pandangan anda, adakah pe rpustakaan sesuai untuk semua kaum?
a)    Ya

Rajah 13.1
Berdasarkan graf, jumlah respondan lelaki lebih tinggi berbanding respondan perempuan. Jumlah respondan lelaki ialah 25 respondan yang terdiri daripada 15 bangsa melayu dan 10 bangsa cina. Jumlah respondan perempuan ialah 23 respondan yang terdiri daripada 12 respondan berbangsa melayu, 6 respondan berbangsa cina, 3 respondan berbangsa india dan selebihnya adalah lain-lain bangsa.

 b)    Tidak

Rajah 13.2
Berdasarkan graf, tiada respondan lelaki dan terdapat 2 respondan perempuan yang terdiri daripada seorang respondan berbangsa melayu dan seorang respondan berbangsa india.

Berdasarkan graf bar di atas, sejumlah besar respondan iaitu 48 respondan bersetuju dengan penyataan perpustakaan sesuai untuk semua kaum, dan hanya 2 respondan iaitu minoriti yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.

Soalan 7:
Adakah, anda berpuashati dengan kemudahan yang telah disediakan di perpustakaan Universiti Sains Malaysia?
a)    Sangat baik-1
Rajah 14.1
Berpandukan graf di atas, jumlah respondan perempuan lebih tinggi daripada respondan lelaki. 7 respondan daripada respondan perempuan berbangsa melayu, 2 respondan berbangsa cina dan 4 respondan berbangsa india. Manakala, 4 respondan daripada 8 respondan lelaki berbangsa melayu dan 4 respondan berbangsa cina.

b)    Baik-2

Rajah 14.2
Berdasarkan maklumat di atas, terdapat  9 respondan lelaki yang terdiri daripada 5 respondan berbangsa cina dan 4 respondan berbangsa melayu. Manakala, terdapat 7 respondan perempuan yang terdiri daripada 4 respondan berbangsa melayu, 2 respondan berbangsa cina dan seorang lain-lain bangsa.

c)    Sederhana-3

Rajah 14.3
Berdasarkan graf, terdapat 3 respondan lelaki  yang berbangsa melayu dan dan seorang respondan perempuan berbangsa cina.

d)    Kurang memuaskan-4

Rajah 14.4


Berdasarkan graf, terdapat 5 respondan lelaki yang terdiri daripada 4 respondan berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa cina. Manakala, 3 respondan perempuan terdiri daripada 2 respondan berbangsa melayu dan seorang respondan berbangsa cina.

Berdasarkan keempat-empat graf di atas, jumlah respondan yang berpuas hati pada tahap sangat baik dengan kemudahan yang disediakan di perpustakaan Universiti Sains Malaysia lebih tinggi iaitu  22 respondan berbanding tahap yang lain . Pada tahap baik ialah 16 respondan, tahap sederhana ialah 4 respondan dan pada tahap kurang memuaskan ialah 8 respondan.



















Alam Bina Perpustakaan Hamzah Sendut


Alam Bina Perpustakaan Hamzah Sendut 1

Foyer Perpustakaan



-Ruang foyer sangat luas dan selesa untuk pengguna Perpustakaan Hamzah Sendut.

-Ruang yang luas boleh digunakan untuk pameran buku, pameran atau sebrang jualan di tepi foyer

-Pengudaraan yang baik dan luas amat selesa untuk pengguna walaupun dalam bilangan yang ramai.

-Pengcahayaan berpatutan.

-Terlindung dari silau dan cahaya terus dari matahari.

-Mempunyai peti simpanan barang berkunci atau dikenali sebagai “locker” memudahkan pelajar untuk menyimpan barangan berharga dan menyelesakan pengguna Perpustakaan Hamzah Sendut.



-Mempunyai kerusi di tepi foyer memudahkan pengguna untuk menunggu atau berbincang di sekitar Perpustakaan Hamzah Sendut.

-Kewujudan kerusi ini juga dapat memberi kesan “hidup” kepada persekitaran Perpustakaan Hamzah Sendut.


Kaunter Utama

-Memberi kesan “menyambut” atau “welcoming effect” kepada pengguna Perpustakaan Hamzah Sendut.

-Memudahkan pengguna untuk bertanya, memulangkan barang pinjaman atau sebarang urusan dengan pihak perpustakaan.


-Susunan Kaunter Utama yang strategik dan tersusun member kesan estetika kepada ruang dalaman Perpustakaan Hamzah Sendut.

-Pengcahayaan yang berpatutan untuk pengguna melakukan sebarang aktiviti khasnya membaca.






-Terdapat banyak papan tanda informasi di dalam Perpustakaan Hamzah Sendut untuk kemudahan pengguna.



-Dimensi serta penggunaan ruang yang menepati piawai menjamin keselamatan pengguna.

-Penggunaan warna yang berpatutan dan saiz huruf memudahkan pengguna untuk membaca informasi.




-Notis aktiviti sangat berguna untuk pengguna mengetahui informasi terkini tentang Perpustakaan Hamzah Sendut dan menyertai sebarang aktiviti.

-Notis aktiviti perpustakaan juga terletak di laluan sebelum memasuki pintu utama sangat strategik dan meningatkan keberkesanan penyebaran informasi.




-Penyenaraian kod bahan bacaan memudahkan pengguna untuk mencari bahan bacaan yang diperlukan.




Pandangan


-Pandangan hijau memberi kesan tenang dan keselasaan untuk pengguna melakukan aktiviti di Perpustakaan Hamzah Sendut.




-Terlindung dari cahaya terus dan silau.


-Persekitaran lanskap yang tersusun memberi impak positif kepada kehadiran pengguna dan kesan “hidup”.




Tempat Meletak Kenderaan




-Tempat meletak kenderaan hampir dengan pintu utama perpustakaan memberi keselesaan kepada pengguna.

-Ruang yang berpatutan.

-Mengutamakan konsep kelestarian dan kehijauan.