Friday, 16 November 2012



Perkhimatan Perpustakaan

Ø  Perkhidmatan Fotostat

Perkhidmatan  fotostat  swasta  disediakan  untuk  memudahkan  pengguna

membuat  salinan  bahan.  Mesin-mesin  fotostat  layan  diri  boleh  didapati  di

setiap  tingkat. Pengguna diingatkan untuk  mematuhi  Akta  Hak  Cipta 

Malaysia  1987.





Ø  Perkhidmatan Internet

Beberapa buah komputer disediakan di stesyen internet di tingkat bawah

Perpustakaan Hamzah Sendut 1 . Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu di

kaunter yang disediakan sebelum menggunakan perkhidmatan ini.


Ø  Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh

Pinjaman melalui Pos

Perpustakaan  Induk  menyediakan  perkhidmatan  pinjaman  melalui  pos.

Pelajar  boleh  memohon  pinjaman  melalui  surat  atau  e-mel.  Bayaran  kos

Penghantaran  akan  dibiayai  oleh  pihak  Perpustakaan,  manakala  kos

pemulangan  bahan  (bungkusan  berdaftar)  ditanggung  oleh  pelajar.  

Pelajar  perlu membayar wang cagaran sebanyak RM20.00 melalui kiriman

Wang  pos  Malaysia  atau  cek  atas  nama  Bendahari,  Universiti  Sains

Malaysia  yang  dialamatkan  kepada  Unit  Koleksi  Simpanan  Khas  dan
 
Pendidikan  Jarak   Jauh, Perpustakaan  Hamzah  Sendut  1.



Ø  Koleksi Simpanan Khas

Buku-buku  bukan  Sains  boleh  dipinjam  selama  3  jam,  manakala

buku-buku  Sains  dipinjam  selama  24 jam.  Tempoh  pinjaman  untuk  semua

buku  akan  dihadkan  kepada  3  jam  sahaja  semasa  minggu  peperiksaan.

Pengguna  dibenarkan  membuat  pinjaman  selama 2 jam  sebelum

Perpustakaan  ditutup  dan  pemulangannya  adalah  pada  atau  sebelum  pukul

9:30 pagi  pada  keesokan  harinya.







Ø  Perkhidmatan Media

Pinjaman  bahan  media  boleh  dibuat  di  Kaunter  Perkhidmatan  Media.

Pengguna  juga  boleh  menggunakan  bahan  media  di  dalam  kawasan  khas

yang  disediakan.  Bilik  audio  (Muzik),  Bilik  Tayangan  dan  Bilik  Pelbagaiguna

juga  disediakan  untuk  kemudahan  pengguna.








Ø  Meja Penasihat Pembaca

Meja Penasihat Pembaca terletak di sebelah Kaunter Sirkulasi. Pegawai

yang bertugas akan membantu sekiranya anda mempunyai masalah

mengenai Penggunaan Perpustakaan.




Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

Pinjaman  Antara  Perpustakaan  adalah  perkhidmatan  untuk  memperolehi

bahan sama  ada  buku  atau  artikel  yang  tidak  terdapat  dalam  Perpustakaan

ini dari  perpustakaan  atau  institusi  lain,  dalam  atau  luar  negara.

Perkhidmatan  ini  diberikan  kepada  semua  kategori  ahli  Perpustakaan.

Perkhidmatan  ini  dikendalikan  oleh  Unit  Pinjaman  Antara  Perpustakaan,

Bahagian  Perkhidmatan  Pembaca  dan  Pengembangan.



Permohonan hendaklah dibuat di Kaunter Pinjaman Antara Perpustakaan

danReprografi dengan:

·       Mengisi butir-butir bahan yang ingin dipohon di dalam borang

PermohonanPinjaman Antara Perpustakaan atau permohonan boleh

juga dibuat melaluie-mel di alamat interlib@notes.usm.my

·       Pemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan dan

apabila bahan yang dipohon telah diperolehi. Pinjaman buku dari

institusi  pembekal diberikan selama 7 hari.


·       Bagi  buku  yang  dipohon  dari  luar  Malaysia, bayaran  penghantaran

pos  akan  dikenakan  mengikut  kadar  yang  telah  ditetapkan  oleh

institusi pembekal.


·       Bayaran  juga  dikenakan  bag i artikel  yang  dipohon  mengikut  kadar

yang  telah  ditetapkan  oleh  institusi  pembekal  dalam  atau  luar

negara.


·       Kadar  bayaran  boleh  disemak  di  Unit  Pinjaman  Antara

Perpustakaan.


·       Pelajar  juga  boleh  memohon  pinjaman  buku  dari  rangkaian

perpustakaan  USM  dengan  mengisi  borang  Permohonan  Pinjaman

Antara  Perpustakaan  (BUKU)  yang  disediakan  di Unit  ini.


Ø  Perkhidmatan Bahan Mikrobentuk

·       Bahan  mikrobentuk  boleh  dipinjam  dari  Kaunter  Pinjaman  Antara

Perpustakaan  dan  Reprografi  pada  waktu  pejabat.  Bahan  ini  

Hanya  boleh  dirujuk  di  dalam  Perpustakaan  sahaja.


·       Perkhidmatan mencetak maklumat dari bahan mikrobentuk juga

disediakan dengan bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan bagi setiap

muka surat.
.
















No comments:

Post a Comment