Kemudahan di PHS
•Katalog Dalam
Talian Perpustakaan (KRISALIS)
Perpustakaan Hamzah Sendut menyediakan perkhidmatan katalog dalam talian
perpustakaan (KRISALIS). Katalog ini berfungsi sebagai rekod mengenai bahan
bacaan yang terdapat dalam perpustakaan. Is disediakan di setiap tingkat di
semua perpustakaan USM. Dengan adanya perkhidmatan ini, pelajar dapat
menjimatkan masa dalam mencari bahan bacaan.
•Bilik
Pelbagaiguna dan Bilik Tayangan
Bilik ini
digunakan untuk tayangan bahan dari koleksi bahan media Perpustakaan. Bagi
menggunakan bilik ini, pelajar hendaklah membuat permohonan di Bahagian
Perkhidmatan Media.
•Lokar
Perpustakaan juga
menyediakan kemudahan lokar berkunci kepada semua pengguna. Lokar yang
disediakan boleh disewa dengan kadar bayaran RM 10/sem atau RM0.20 bagi setiap
penggunaan.
•Kotak
Pemulangan Buku
Kemudahan
pemulangan buku ini disediakan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan 2 untuk
pengguna memulangkan buku. Dengan adanya kotak ini, pelajar tidak perlu beratur
untuk memulangkan buku dan ia menjimatkan masa pelajar.
•Kawasan Hot
Spot
Pengguna boleh
mengakses Internet melalui komputer riba di Perpustakaan dengan mendaftar
terlebih dahulu di Pusat Pengetahuan
Komunikasi dan Teknologi (PPKT).
Bilik
Perbincangan
Bilik ini disediakan
khas untuk para pelajar mengadakan sesi perbincangan. Di sini, pelajar dapat
membuat perbincangan kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah tanpa mengganggu pengguna lain yang ingin membaca.Syarat bagi penggunaan bilik ini mestilah melebihi empat
orang.
Foyer
Foyer Perpustakaan
Hamzah Sendut 1 digunakan bagi tujuan mempromosikan aktiviti Persatuan dan Pusat Pengajian. Interaksi
antara kaum dapat dipupuk melalui promosi aktiviti Persatuan dan Pusat
Pengajian yang dijalankan. Bagi setiap penggunaan foyer, ia mestilah ditempah terlebih dahulu.
Stesen Internet
Perkhidmatan internet
disediakan di Tingkat Bawah Perpustakaan Hamzah Sendut 1 untuk kegunaan secara
percuma. Sebelum menggunakannya, pelajar perlu mendaftar di Kaunter
Perkhidmatan Internet terlebih dahulu.
Perkhidmatan
Fotostat
Perkhidmatan
fotostat swasta secara layan diri disediakan di setiap tingkat bagi membolehkan
pelajar membuat salinan dokumen yang diperlukan.
Mesin Cetakan
tanpa wayar (Halic)
Mesin cetakan
tanpa wayar diletakkan di setiap tingkat Perpustakaan. Pengguna perlu
mendaftar(sekali sahaja) di Kaunter e-Zon Perkhidmatan Internet. Penggunaan
adalah berdasarkan tambah nilai kredit.
Kawasan bacaan umum (dilengkapi WiFi)
PHS
menyediakan tempat bagi kawasan bacaan umum yang dilengkapi WiFi. Sambil
membaca, pelajar yang berbilang kaum dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Surau
Kemudahan surau terletak di tingkat 2
perpustakaan. Surau disediakan bagi pengguna yang beragama Islam untuk menunaikan solat di perpustakaan.
Surau juga digunakan bagi membuat diskusi mengenai permasalahan agama.
Kawasan
penggunaan telefon bimbit
Kawasan penggunaan telefon bimbit juga
turut disediakan di PHS bagi membolehkan pengguna menggunakan telefon bimbit.
Kawasan ini disediakan bertujuan mengelakkan pengguna yang menggunakan telefon
bimbit mengganggu pengguna lain yang ingin membaca.
Kawasan
pengecasan komputer riba
Kawasan bagi mengecas komputer riba juga
disediakan di PHS.
No comments:
Post a Comment