Thursday, 8 November 2012

KEBAIKAN PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT INTERAKSI PELBAGAI KAUM


KEBAIKAN PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT INTERAKSI PELBAGAI KAUM

Ø  Pelajar dapat memupuk semangat perpaduan dengan lebih berkesan.
Perpustakaan merupakan tempat yang strategik untuk berinteraksi antara pelajar pelbagai kaum. Melalui aktiviti atau tugasan yang diperoleh, pelajar secara berkumpulan akan melakukan perbincangan di perpustakaan. Hal ini kerana perpustakaan mempunyai banyak bahan yang boleh dijadikan rujukan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Hamzah Sendut juga adalah selesa seperti kemudahan bilik perbincangan.

Pada masa yang sama, perhubungan antara pelajar semakin kukuh apabila masing-masing berusaha dalam menyiapkan tugasan menerusi penyumbangan idea, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Komunikasi yang baik akan menyebabkan hubungan setiap individu yang terdiri daripada pelbagai kaum yang terlibat dalam tugasan tersebut menjadi semakin akrab. Pelajar bukan sahaja rapat semasa melakukan tugasan malah hubungan yang terjalin berterusan hingga di luar perpustakaan.



Ø  Pelajar dapat mengenali budaya rakan-rakan daripada pelbagai kaum.
Perpustakaan dapat dijadikan tempat untuk mahasiswa/mahasiswi berinteraksi antara satu sama lain. Mereka berinteraksi  menerusi sesuatu tugasan ataupun menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Hamzah Sendut. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Perpustakaan Hamzah Sendut misalnya Program Pendidikan Pengguna Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Program Kembara, Orientasi Pelajar Baharu dan sebagainya.

Akitiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan perpustakaan melibatkan mahasiswa/mahasiswi juga staf Universiti Sains Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum. Menerusi aktiviti ini para peserta berinteraksi dan menjalankan aktiviti secara bersama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Menerusi aktiviti yang disertai, pelajar akan mengetahui lebih mendalam berkaitan budaya kaum lain menerusi percakapan, perlakuan dan sebagainya. Hal ini, akan melahirkan sifat saling menghormati antara mahasiswa/mahasiswi daripada pelbagai kaum yang terdapat di Universiti Sains Malaysia.





Ø  Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak
Mahasiswa/mahasiswi yang mengisi masa mereka di perpustakaan adalah pelajar
yang bijak dalam membahagikan masa dan tidak suka untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Hal ini, menyebabkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain dan juga mendapat kawan yang baik. Hal ini akan mempengaruhi pelajar lain juga untuk berkelakuan baik dan mengamalkan nilai-nilai positif yang lain seperti saling menghormati dan bekerjasama.
Dalam menuju Wawasan 2020,  generasi yang bakal menjadi pemimpin mestilah yang mempunyai akhlak yang baik bagi memimpin negara. Hal ini, perlu dipupuk sejak usia muda lagi menerusi perpaduan yang utuh dan mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain.





Ø  Melahirkan generasi yang berdisiplin
Terdapat pelbagai peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Perpustakaan Hamzah Sendut yang mesti dipatuhi oleh mahasiswa/mahasiswi di Universiti Sains Malaysia tanpa mengira kaum.
Antara peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan perpustakaan adalah larangan membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan, pengguna hendaklah mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia dan lain-lain lagi.
Hal ini dapat memupuk mahasiswa/mahasiswi supaya berdisiplin. Dalam perkara ini juga, disiplin mestilah dipatuhi oleh semua tanpa mengira kaum pelajar tersebut. Masyarakat yang berdisiplin akan menjamin keamanan, kestabilan dan juga  keharmonian negara.






KEBURUKAN PERPUSTAKAAN SEBAGAI TEMPAT INTERAKSI PELBAGAI KAUM
§  Kurang berkomunikasi antara pelajar
Perpustakaan merupakan tempat yang memberi keselesaan kepada pelajar untuk melakukan rujukan mahupun melakukan sebarang tugasan. Keadaan yang terdapat di dalam perpustakaan seperti sunyi memudahkan pelajar untuk melakukan ulang kaji tanpa gangguan.

Namun,  hal ini menyebabkan pelajar kurang berinteraksi antara satu sama lain. Masing-masing akan melakukan tugasan masing-masing tanpa menghiraukan orang lain yang terdapat di situ. Keadaan ini menyebabkan kurangnya interaksi antara mahasiswa/mahasiswi.

No comments:

Post a Comment