Analisis Borang Soal Selidik
SHE 101 secara kasar. Isu Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia dan Fungsinya sebagai tempat interaksi pelbagai kaum.
Lelaki=25
Perempuan=25
Jumlah Keseluruhan=50
Soalan 1:
Seringkah anda
mengunjungi Perpustakaan Universiti Sains Malaysia?
Rajah 1
Berdasarkan carta pai di atas, kekerapan pelajar ke perpustakaan ialah 1-3 kali seminggu iaitu
82% bersamaan 41 pelajar, lebih tinggi
berbanding pelajar yg sering dan tidak pernah ke perpustakaan iaitu setiap hari
12% bersamaan 6 pelajar dan tidak pernah ke perpustakaan seramai 3 pelajar
bersamaan 6% daripada jumlah keseluruhan
50 orang pelajar.
Soalan 2:
Pada
pandangan anda, tempat manakah yang paling sesuai dan selesa diadakan aktiviti
perbincangan dalam kumpulan?
Rajah 2
Merujuk carta pai di atas, peratusan
tertinggi pada pandangan pelajar tempat yang selesa untuk diadakan aktiviti
perbincangan ialah di Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1
dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2
ialah sebanyak 46% seramai 23 respondan. Manakala Pusat
pengajian ialah 30% bersamaan 15
respondan dan kafe desasiswa sebanyak 24% iaitu 12 respondan. Ramai pelajar
berpendapat Perpustakaan Hamzah Sendut, HS1 dan HS2 adalah tempat yang paling sesuai diadakan
aktiviti perbincangan.
Soalan 3:
Tandakan,
tempat yang sering anda adakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.
Rajah 3
Berdasarkan carta pai di atas, terdapat ramai
pelajar dan respondan yang sering
mengadakan aktiviti perbincangan di perpustakaan iaitu 36% seramai 18 respondan
daripada di pusat pengajian sbanyak 30% iaitu 15 respondan dan di kafe
desasiswa seramai 17 respondan iaitu 34% daripada 50 respondan.
Soalan 4:
Adakah,
perpustakaan tempat yang sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan?
Rajah 4
Berpandukan carta pai di atas, hampir semua
respondan seramai 40 respondan daripada 50 respondan bersependapat
menyatakan perpustakaan adalah
tempat yang sesuai diadakan aktiviti
perbincangan sebanyak 93% berbanding
respondan yang tidak bersetuju seramai 10 respondan iaitu 7%.
Soalan 5:
Pernahkah
anda mengadakan perbincangan dengan kaum-kaum lain?
Rajah 5
Merujuk carta pai di atas, 88% respondan pernah mengadakan aktiviti perbincangan
bersama kaum- kaum lain iaitu seramai 44 respondan daripada 50 respondan dan
hanya 12% bersamaan 6 respondan tidak pernah mengadakan aktiviti perbincangan
bersama kaum-kaum lain.
Soalan 6:
Pada pandangan anda, adakah perpustakaan
sesuai untuk semua kaum?
Rajah 6
Berpandukan carta pai di atas, 97% respondan
berpendapat perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk semua kaum. Hanya 3% respondan bersamaan 2 respondan daripada
50 respondan yang tidak setuju dengan soalan yang ditujukan.
Soalan 7:
Adakah,
anda berpuashati dengan kemudahan yang telah disediakan di perpustakaan
Universiti Sains Malaysia?
Rajah 7
Berdasarkan
maklumat carta pai di atas, perkhidmatan
dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan sangat baik-1 ialah 44% iaitu
22 respondan. Manakala baik-2 ialah 16
respondan iaitu 32% , sederhana-3 hanya 8% iaitu 4 respondan dan kurang memuaskan-4 sebanyak 16% bersamaan 8 respondan daripada
50 respondan.
Analisis Borang Soal Selidik
SHE 101 mengikut jantina dan kaum. Isu
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan Fungsinya sebagai tempat interaksi
pelbagai kaum.
Soalan 1:
Seringkah anda
mengunjungi Perpustakaan Universiti Sains Malaysia?
Setiap hari/ selalua) Setiap hari/ selalu
Rajah 8.1
Berdasarkan graf di atas, kaum india
perempuan lebih kerap ke perpustakaan berbanding perempuan dan lelaki kaum melayu serta cina. Jumlah kaum india perempuan ialah 4
respondan manakala lelaki dan perempuan
kaum melayu adalah seorang respondan.
b) 1-3 kali seminggu/ jarang
Rajah 8.2
Berdasarkan graf ini, bilangan kaum cina lelaki lebih
ramai berbanding lelaki melayu iaitu 9 respondan dari 23 respondan. Manakala bilangan kaum melayu perempuan lebih ramai
berbanding kaum cina, india dan lain-lain iaitu 11 respondan dari 19 respondan.
c) Tidak Pernah
Rajah 8.3
Berdasarkan graf di atas, kekerapan pelajar
yang tidak pernah ke perpustakaan ialah 3 respondan iaitu seorang respondan
lelaki melayu, seorang respondan perempuan melayu daan seorang respondan cina
perempuan.
Berdasarkan ketiga-tiga graf bar di atas,
terdapat ramai respondan dari berbilang bangsa dan kaum hanya kerap ke
perpustakaan 1-3 kali seminggu berjumlah 41 respondan daripada 50 respondan.
Soalan 2:
Pada
pandangan anda, tempat manakah yang paling sesuai dan selesa diadakan aktiviti
perbincangan dalam kumpulan?
a) Kafe Desasiswa
Rajah 9.1
Berdasarkan graf, 12
respondan berpendapat kafe desasiswa
adalah tempat yang sesuai dan selesa untuk diadakan aktiviti perbincangan dalam
kumpulan. 6 daripadanya adalah respondan lelaki merangkumi 4 kaum cina dan 2
kaum melayu. Manakala selebihnya adalah 4 respondan perempuan berbangsa melayu
dan 2 resondan berbangsa cina.
b) Pusat Pengajian
Rajah 9.2
Berdasarkan graf, bilangan respondan lelaki lebih
ramai berbanding respondan perempuan dimana 8 respondan lelaki ialah berbangsa
melayu dan 2 respondan lelaki berbangsa cina. Manakala 4 daripada respondan
perempuan berbangsa melayu dan
selebihnya ialah berbangsa cina.
c) Perpustakaan Hamzah Sendut, HS1, HS
Rajah 9.3
Berdasarkan graf,
bilangan respondan perempuan ialah 14 respondan iaitu lebih ramai berbanding
respondan lelaki,9 respondan. 5 respondan daripada 14 respondan perempuan
berbangsa melayu dan selebihnya ialah 3 kaum cina, 4 kaum india dan 2 lain-lain bangsa. 5 respondan daripada
9 respondan lelaki berbangsa melayu dan
selebihnya berbangsa cina.
Berdasarkan
ketiga-tiga graf bar di atas, bilangan respondan yang berpendapat perpustakaan adalah tempat yang selese dan
sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan lebih ramai iaitu 23 respondan daripada 50 respondan, kafe desasiswa 12
respondan dan pusat pengajian 15 respondan.
Soalan 3:
Tandakan,
tempat yang sering anda adakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.
a) Kafe Desasiswa
Rajah 10.1
Berpandukan keputusan graf di atas, jumlah
respondan yang sering mengadakan aktiviti di kafe desasiwa ialah 17 respondan , 12 daripadanya
ialah respondan perempuan yang terdiri daripada 6 kaum melayu, 5 kaum cina dan
seorang lain-lain bangsa. Manakala, 4 respondan daripada respondan lelaki
berbangsa cina dan seorang berbangsa melayu.
b) Pusat Pengajian
Rajah 10.2
Berdasarkan graf, respondan
lelaki lebih kerap mengadakan aktiviti perbincangan di pusat pengajian berbanding
respondan perempuan. 10 respondan lelaki daripada 12 respondan berbangsa melayu
dan selebihnya berbangsa cina. Tambahan, 3 respondan perempuan berbangsa
melayu.
c) Perpustakaan Hamzah Sendut, HS1 dan HS2
Rajah 10.3
Berdasarkan graf, jumlah respondan ialah 18
daripada 50 respondan. 8 daripada 18 respondan adalah kaum lelaki dan 4
daripadanya berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa cina. 4 daripada 10
respondan perempuan berbangsa melayu dan 4 respondan berbangsa india, seorang
berbangsa cina dan seorang lain-lain bangsa.
Berdasarkan keputusan graf di atas, tempat
yang sering respondan adakan aktiviti perbincangan ialah di perpustakaan
iaitu 18 respondan daripada 50
respondan, kafe desasiswa 17 respondan dan pusat pengajian ialah 15 respondan.
Soalan 4:
Adakah,
perpustakaan tempat yg sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan?
a)
Ya
Rajah 11.1
Berdasarkan graf,
jumlah respondan lelaki dan perempuan
ialah sama iaitu 20 respondan . 14 respondan daripada 20 respondan lelaki berbangsa melayu manakala
selebihnya berbangsa cina. 11 respondan daripada 20 respondan perempuan
berbangsa melayu, 3 respondan berbangsa cina, 4 respondan berbangsa india dan 2
respondan lain-lain bangsa.
b)
Tidak
Rajah 11.2
Berdasarkan graf di
atas, jumlah respondan kedua jantina adalah sama iaitu 5 respondan. 4 respondan
daripada 5 respondan lelaki berbangsa cina dan selebihnya berbangsa melayu.
Manakala, 3 respondan daripada 5 respondan perempuan berbangsa cina dan 2
respondan berbangsa melayu.
Berdasarkan
kedua-dua graf bar di atas, majoriti respondan iatitu 40 respondan bersetuju
perpustakaan adalah tempat yang sesuai untuk diadakan aktiviti perbincangan
berbanding respondan yang tidak bersetuju
iaitu 10 respondan.
Soalan 5:
Pernahkah
anda mengadakan perbincangan dengan kaum-kaum lain?
a) Ya
Rajah 12.1
Berdasarkan graf, jumlah respondan lelaki
iaitu 23 respondan pernah mengadakan perbincangan dengan kaum lain lebih tinggi
daripada respondan perempuan iaitu 21 respondan. 14 respondan daripada
respondan lelaki berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa cina. Manakala, 11
respondan daripada respondan perempuan berbangsa melayu, 5 respondan berbangsa
cina, 3 respondan berbangsa india dan 2 respondan lain-lain bangsa.
b) Tidak
Rajah 12.2
Berdasarkan graf di atas, jumlah respondan
perempuan lebih tinggi berbanding respondan lelaki yang terdiri daripada 2 repondan berbangsa
cina. Manakala, respondan perempuan terdiri daripada 2 respondan berbangsa
melayu, seorang respondan berbangsa cina dan seorang respondan lain-lain
bangsa.
Berpandukan kedua-dua graf bar diatas,
majoriti respondan iaitu 44 respondan
pernah mengadakan aktiviti perbincangan dengan kaum-kaum lain berbanding
yang tidak pernah mengadakan aktiviti perbincangan dengan kaum-kaum lain iaitu
6 respondan daripada 50 respondan.
Soalan
6:
Pada pandangan anda, adakah pe rpustakaan
sesuai untuk semua kaum?
a)
Ya
Rajah 13.1
Berdasarkan graf,
jumlah respondan lelaki lebih tinggi berbanding respondan perempuan. Jumlah
respondan lelaki ialah 25 respondan yang terdiri daripada 15 bangsa melayu dan
10 bangsa cina. Jumlah respondan perempuan ialah 23 respondan yang terdiri
daripada 12 respondan berbangsa melayu, 6 respondan berbangsa cina, 3 respondan
berbangsa india dan selebihnya adalah lain-lain bangsa.
b)
Tidak
Rajah 13.2
Berdasarkan graf,
tiada respondan lelaki dan terdapat 2 respondan perempuan yang terdiri daripada
seorang respondan berbangsa melayu dan seorang respondan berbangsa india.
Berdasarkan graf bar
di atas, sejumlah besar respondan iaitu 48 respondan bersetuju dengan penyataan
perpustakaan sesuai untuk semua kaum, dan hanya 2 respondan iaitu minoriti yang
tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Soalan 7:
Adakah,
anda berpuashati dengan kemudahan yang telah disediakan di perpustakaan
Universiti Sains Malaysia?
a) Sangat baik-1
Rajah 14.1
Berpandukan graf di atas, jumlah respondan
perempuan lebih tinggi daripada respondan lelaki. 7 respondan daripada
respondan perempuan berbangsa melayu, 2 respondan berbangsa cina dan 4
respondan berbangsa india. Manakala, 4 respondan daripada 8 respondan lelaki berbangsa
melayu dan 4 respondan berbangsa cina.
b) Baik-2
Rajah 14.2
Berdasarkan maklumat di atas, terdapat 9 respondan lelaki yang terdiri daripada 5
respondan berbangsa cina dan 4 respondan berbangsa melayu. Manakala, terdapat 7
respondan perempuan yang terdiri daripada 4 respondan berbangsa melayu, 2
respondan berbangsa cina dan seorang lain-lain bangsa.
c) Sederhana-3
Rajah 14.3
Berdasarkan
graf, terdapat 3 respondan lelaki yang
berbangsa melayu dan dan seorang respondan perempuan berbangsa cina.
d) Kurang memuaskan-4
Rajah 14.4
Berdasarkan graf, terdapat 5 respondan lelaki
yang terdiri daripada 4 respondan berbangsa melayu dan selebihnya berbangsa
cina. Manakala, 3 respondan perempuan terdiri daripada 2 respondan berbangsa
melayu dan seorang respondan berbangsa cina.
Berdasarkan keempat-empat graf di atas,
jumlah respondan yang berpuas hati pada tahap sangat baik dengan kemudahan yang
disediakan di perpustakaan Universiti Sains Malaysia lebih tinggi iaitu 22 respondan berbanding tahap yang lain .
Pada tahap baik ialah 16 respondan, tahap sederhana ialah 4 respondan dan pada
tahap kurang memuaskan ialah 8 respondan.
No comments:
Post a Comment