Wednesday, 21 November 2012

KESIMPULAN


KESIMPULAN

             Berdasarkan kajian yang telah kumpulan kami lakukan, kesimpulan yang dapat  kami bincangkan ialah Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 sesuai untuk berfungsi sebagai tempat interaksi pelbagai kaum. Hal ini kerana, Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 merupakan tempat yang strategik untuk berinteraksi antara pelajar dari pelbagai kaum melalui aktiviti dan tugasan yang diperolehi pelajar secara berkumpulan, semestinya ramai pelajar akan melakukan perbincangan di perpustakaan kerana berdasarkan analisis yang kami lakukan ramai pelajar sering mengadakan aktiviti perbincangan di perpustakaan dan  bersetuju bahawa perpustakaan adalah tempat yang sesuai dan selesa untuk diadakan aktiviti perbincangan.  Di samping itu, perpustakaan juga menyediakan  banyak bahan yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.  Tambahan lagi, Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia menyediakan begitu banyak kemudahan bagi memudahkan para pelajar contohnya bilik tayangan, bilik perbincangan, surau, lokar, bilik komputer, perkhidmatan fotostat dan sebagai. 

              Berdasarkan kajian soal selidik yang kami dapati, kebanyakan pelajar sangat berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Hamzah  Sendut Universiti Sains Malaysia. Selain itu, seni bina Perpustakaan Hamzah Sendut menyakinkan kami bahawa Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia berfungsi sebagai tempat interaksi antara pelbagai kaum. Hal ini kerana, ruangan foyer yang luas, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik walaupun dalam bilangan yang ramai. Selain itu, meja perbincangan yang bersebelahan dengan pemandangan hijau dan terlindung dari panas dan sinaran  matahari  memberi  kesan tenang dan keselesaan bagi  pengguna melakukan aktiviti di dalam perpustakaan. 

      Akhir sekali, kami ingin menekankan bahawa Perpustakaan Hamzah Sendut, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 berfungsi menjadi  tempat yang  selesa untuk semua kepelbagaian kaum mengadakan aktiviti perbincangan mahu pun aktiviti lain bagi mengeratkan sillaturrahim  dan interaksi antara pelbagai kaum dan etnik.

No comments:

Post a Comment