Wednesday, 21 November 2012


CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  • PERSEKITARAN

ü  Persekitaran di Perpustakaan Hamzah Sendut mestilah tersusun, kemas dan bersih.
-        Bahan-bahan seperti buku, jurnal dan sebagainya hendaklah disusun secara kemas dan teratur bagi memberi kemudahan untuk pelajar mencari bahan yang diperlukan.
-        Persekitaran yang teratur akan memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum kepada para pelajar.

ü  Persekitaran yang lengkap, menarik dan selesa.
-        Perpustakaan Hamzah Sendut perlulah dilengkapi dengan ruang belajar, ruang multi media, ruang diskusi dan kafe atau tempat istirehat yang lebih banyak bersesuaian dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat.

  • KESELESAAN

ü  Mempertingkatkan lagi pembangunan prasarana dan memperkukuhkan infrastuktur perpustakaan.

-        Pembukaan ruang yang sesuai mengikut ketentuan yang bersistem dan persekitaran yang selesa akan mewujudkan perasaan dalam diri pelajar untuk mengunjungi perpustakaan dengan lebih kerap.



-        Pihak perpustakaan hendaklah menyediakan fasiliti yang membuatkan pengguna merasa nyaman berada di perpustakaan seperti penyediaan kerusi dan meja yang baik, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan sebagainya.        



·       Memperkasakan  fungsi, peranan serta perkhidmatan  perpustakaan


ü  Pihak berkuasa perlu meningkatkan peranan dan perkhidmatan perpustakaan bagi menyokong program akademik. Kualiti perkhidmatan elektronik dan digital harus penambahbaikan.



·       Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)


ü  Meningkatkan keupayaan prasarana dan aplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengurusan dan
perkhidmatan


·       KRISALIS

ü  Kemudahan Katalog Dalam Talian Perpustakaan (KRISALIS) tidak berfungsi dengan baik. Krisalis tidak dapat diakses oleh sesetengah komputer dan ini menyebabkan pengguna terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan kemudahan ini.

-        Komputer yang disediakan bagi tujuan krisalis ini sentiasa dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memudahkan pengguna menikmati kemudahan ini.

  •   LOKAR

ü  Penggunaan lokar yang memerlukan syiling RM 0.20 bagi setiap penggunaan merumitkan pelajar. Hal ini disebabkan tidak semua pelajar mempunyai syiling RM0.20 yang mencukupi kerana setiap kali lokar ingin digunakan syiling perlu dimasukkan ke dalam lokar.

-        Alternatif lain seperti kad tambah nilai bagi penggunaan lokar perlulah disediakan 

No comments:

Post a Comment